MISI KAMI

Spring Sheep New Zealand berhasrat untuk membekalkan kebaikan susu biri-biri New Zealand yang tulin dan berkhasiat kepada pengguna seluruh dunia.

PERKONGSIAN KAMI

Kedua-dua Landcorp Farming Limited dan SLC Group memiliki Spring Sheep Dairy NZ LP. Kami dapat membawa Bersama kepakaran kedua-dua organisasi untuk mewujudkan tapak yang terbaik, mengamalkan amalan dan proses tenusu terbaik dan membekalkan produk berkualiti tinggi bagi kepuasan anda.

Landcorp adalah dimiliki oleh Kerajaan New Zealand dan merupakan peladang New Zealand yang terbesar dengan bilangan stok lebih dari 1.6 juta yang menghasilkan susu,daging lembu ,kambing dan rusa serta bulu kambing untuk dibekalkan kepada rakan kongsi dan pengguna di seluruh dunia.

Falsafah perladangan Landcorp membimbing amalan perladangan kami - ternakan kami dipelihara dengan baik. Pekerja kami adalah yang terbaik dalam pengurusan amalan perladangan dan kami memastikan persekitaran kami terjaga dengan cara yang terbaik untuk generasi akan datang.

SLC Group adalah syarikat pemasaran butik yang mengkhusus dalam membekalkan hasil keluaran New Zealand yang terbaik kepada pengguna seluruh duniaSederhana dan giat, SLC Group mempunyai rekod dalam membekalkan kemahiran khusus, pengalaman dan sumber-sumber untuk memastikan hanya yang terbaik dieksport dari New Zealand, dan produk ini adalah yang dibuat dan ditapis untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengguna di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai Landcorp di sini

PASUKAN “SPRING SHEEP”

sheep

Gadis-gadis: ini adalah beberapa “gadis-gadis kami” yang menikmati keseronokan rumput hijau yang subur, cahaya matahari yang tidak begitu panas dan air yang bersih di ladang kami. Yang mengejar di belakang mereka adalah pasukan yang kecil, berkebolehan dan komited …

Scottie Chapman

KETUA SPRING SHEEP

Keghairahan Scottie adalah merekabentuk dan mengamalkan strategi pemasaran antarabangsa dengan semangat. Beliau suka mengatur strategi, mengesyor jenama dan tetapi apa yang benar adalah Scottie minat dalam Membina perniagaan dengan produk yang bagus dan beliau adalah baik dalam bidang ini. Scottie memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan.

Nick Hammond

KETUA OPERASI,MAHIR DALAM PENGIRAAN DAN PAKAR UNDANG-UNDANG

Nick memang berminat dengan angka dan rantaian bekalan. Beliau mengendalikan perniagaan dan bekerja untuk memastikan produk anda seboleh-bolehnya adalah yang terbaik. Sebagai seorang yang memberi keutamaan kepada ketepatan dan butiran, Nick memastikan perniaggan berjalan lancar dan beliau sangat berminat dalam mengutarakan kesemua produk kami. Nick adalah seorang akauntan bertauliah dan memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

Andrea Wilkins

KETUA PEMASARAN, PENCIPTA JENAMA DAN PEGAWAI KOMUNIKASI

Andrea adalah pemasar kami yang bijaksana dan kreatif serta pengerak di belakang jenama ini. Andrea mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang pemasaran serta mempunyai beberapa cerita penciptaannya sendiri. Matlamat beliau adalah untuk mencipta satu jenama global yang benar bagi susu kambing biri-biri untuk kebangaan New Zealand. Andrea memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Major dalam Nutrisi Manusia.

John Ryrie

KETUA GEMBALA ,PELADANG, PEMERAH SUSU DAN PENJAGA

John adalah ketua ladang kami. Dengan pengalaman sebagai pemerah susu untuk beberapa tahun beliau telah menjadi pakar global dalam penjagaan binatang ternakan khas ini. Beliau ketahui secara tepat apa yang perlu untuk memastikan kehidupan biri-biri yang panjang, gembira dan sihat. John telah bekerja dalam ladang tenusu begitu lama dan beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Ternakan Biri-biri Britain. Beliau lahir dan diperbesarkan di Scotland. Beliau gembira mengadapi cabaran pekerjaan di Hemisfera Selatan atas ladang Spring Sheep New Zealand.

Shane Topp x

KETUA PEMBINA PENJUALAN DAN PERHUBUNGAN

Shane adalah penyambung utama dan perkongsian kami. Dengan pengalamannya selama lebih 20+ tahun sebagai Jurujual,misi belau adalah untuk membawa produk susu biri biri kami kepada dunia. Sebagai pengantara dan pembina perhubungan, Shane membentuk urusan terbaik bagi kesemua pihak yang terlibat. Sambil mengumpulkan mata penerbangan bagi menyebarkan kebaikan susu biri biri kepada dunia Shane sebaliknya didapati bermain golf di Pantai barat Auckland.

sheep

LEMBAGA PENGARAH KAMI

Yang menyertai Scottie di lembaga adalah…

Michael Ahie

PENGARAH

Dari keturunan Taranaki, Ngā Ruahine dan Ngāti Ruanui Michael berdedikasi untuk membantu dan mencipta cerita cerita kejayaan komersial dan kebudayaan yang membantu organisasi New Zealand berkembang maju
Lincah dan sambil mengangkut beberapa jawatan yang tinggi dalam akademik dan awam serta sektor swasta, Michael menyenarai Canselor Universiti Massey, Pengerusi Pengajian Tumbuh-Tumbuhan dan Makanan, Risilo Pendapatan Dalam Negeri dan Jawatan Kuasa Jaminan sebagai tanggungjawab beliau. Beliau adalah seorang yang tenang dan menjadi peransang kepada lembaga Spring Sheep dan adalah dihormati oleh rakan sejawat kerana pemikirannya yang jelas dan pragmatis serta sikap yang begitu tenang. Michael memegang Ijazah Sarjana Kelas Pertama dari Massey Universiti.

Peter McClure

PENGARAH PROFESIONAL

Peter adalah Pengarah dengan kepakaran mendalam tenusu dan boleh dikatakan yang terbaik. Baru baru ini beliau telah menjadi Pengarah Pengurusan Fonterra New Zealand dan sebelum itu Bersama Lion Breweries juga dengan SC Johnson and Son.Ketika ini beliau membahagikan masanya sebagai pengarah dan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga di antara World Vision NZ dan juga sebagai pengarah dengan Lembaga World Vision International.

Antara perjalanan berlayar, Peter memainkan peranan penting dalam menasihat pasukan itu mengenai pelbagai kerumitan dalam hasil keluaran barang tenusu yang bergerak pantas -
Pada tahun 2014 Peter dianugerah Member of the NZ Order of Merit kerana perkhidmatannya kepada industi dan kedermawanan.

Steve Carden

KETUA EKSEKUTIF- LANDCORP

Steve adalah seorang ketua yang bersikap ingin tahu- adalah seorang pengarang , usahawan pemula, perunding pengurusan, penyayang benih, pembawa pembaharuan-dengan semangat kuat untuk New Zealand. Sebagai seorang provokator untuk ‘cara normal’ Steve memimpin dengang cara pemikiran yang baik, memberi cabaran untuk mendapat pemikiran yang terbaik dan kemudian bertindak untuk mendapat keputusan. Steve memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Ijazah Sarjana Seni dan MBA dari Harvard Business School.

Tony Marks

PENGARAH PROFESSIONAL

Tony adalah pengarah dan pakar yang berkebolihan dalam semua bidang. Sepanjang kerjayanya Toni telah mengetuai beberapa syarikat dalam eksport FMCG,industri utama, pelancongan dan industri penerbangan. Kini sebagai pengarah profesional Tony memainkan peranan yang penting dalam menyokong Scottie dan pasukannya untuk membangunkan produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan pengguna. Sebagai seorang pencerita,Tony adalah seorang yang mudah didampingi untuk bertanya apa jua dan mendapatkan jawapannya.Tony memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni dari Harvard Universiti.

HUBUNGI KAMI

Sila email bagi segala pertanyaan info@springsheep.co.nz