Spring Sheep New Zealand berhasrat untuk membekalkan kebaikan susu biri-biri New Zealand yang tulin dan berkhasiat kepada pengguna seluruh dunia.
Kedua-dua Pāmu dan SLC Group memiliki Spring Sheep Dairy NZ LP. Kami dapat membawa Bersama kepakaran kedua-dua organisasi untuk mewujudkan tapak yang terbaik, mengamalkan amalan dan proses tenusu terbaik dan membekalkan produk berkualiti tinggi bagi kepuasan anda.
Pāmu adalah dimiliki oleh Kerajaan New Zealand dan merupakan peladang New Zealand yang terbesar dengan bilangan stok lebih dari 1.6 juta yang menghasilkan susu,daging lembu ,kambing dan rusa serta bulu kambing untuk dibekalkan kepada rakan kongsi dan pengguna di seluruh dunia.
Falsafah perladangan Pāmu membimbing amalan perladangan kami - ternakan kami dipelihara dengan baik. Pekerja kami adalah yang terbaik dalam pengurusan amalan perladangan dan kami memastikan persekitaran kami terjaga dengan cara yang terbaik untuk generasi akan datang.
SLC Group adalah syarikat pemasaran butik yang mengkhusus dalam membekalkan hasil keluaran New Zealand yang terbaik kepada pengguna seluruh duniaSederhana dan giat, SLC Group mempunyai rekod dalam membekalkan kemahiran khusus, pengalaman dan sumber-sumber untuk memastikan hanya yang terbaik dieksport dari New Zealand, dan produk ini adalah yang dibuat dan ditapis untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengguna di seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut mengenai Pāmu di sini
Gadis-gadis: ini adalah beberapa “gadis-gadis kami” yang menikmati keseronokan rumput hijau yang subur, cahaya matahari yang tidak begitu panas dan air yang bersih di ladang kami. Yang mengejar di belakang mereka adalah pasukan yang kecil, berkebolehan dan komited …
Yang menyertai Scottie di lembaga adalah…